Monday, 26 November 2012

PUAS HABISKAN DUIT XD

ASSALAMUALAIKUM


 Semalam,25hb November 2012,Ahad . Saya ditemani rakan saya , membeli sebuah mesin pencetak ( printer ). Ikutkan malas nak beli,macam xpenting.Tapi fikir punya fikir,alang-alang duit ada lebih sikit ini,daripada beli barang ntah pape,baik beli printer.Atleast,kalau duit habis pun,nampak la kearah mane.hehe

 Malam sebelum hari kejadian,saya menghadiri majlis perpisahan suksis.Sebenarnya bukan menghadiri tapi menyertai persembahan untuk majlis perpisahan Tuan Zambrus.Saya squad junior,maka xde la kenal mane gn tuan tu tapi alhamdulillah,persembahan dikir barat squad junior menjadi perhatian.Rasenya, kalau kami kami ni masuk bertanding . Bole menang ! *oke itu perasan ! haha


para sahabat suksis
okok,kembali pada cite printer tadi a.k.a mesin pencetak.Saya bercadang untuk membeli printer Hp . Sebab :
  • kawan yang cadangkan.Dia pun pakai hp.
  • harga yang berpatutan
  • ink murah berbanding mesin pencetak yang lain
Saya pun belilah disebabkan reason reason di atas.hehe
harga nya?? RM229 . Free black ink . dan hadiah hadiah sampingan berwarna pink *suka sangat !

ini la printer nya. 3 dlm 1 *sumber encik goOgle
Oke,cukup untuk hari ini :)

haha . saleha . ainur . jenjalan . low yat . hahaXD

Friday, 23 November 2012

PRAY FOR GAZA

ASSALAMUALAIKUM

 Cerita pasal Gaza ni bukan cerita benda dua tiga hari lepas, tapi dah berdekad-dekad dan berkurun lamanya. Dari pemerintahan kerajaan Mesir purba, kepada kerajaan empayar Rom, kemudian kerajaan Rom Byzantine, kemudian pemerintahan kerajaan Islam khalifah Umar al Khattab, kemudian ditawan semula oleh pahlawan tentera Salib (Crusaders), kemudian diperintah oleh kerajaan Monggol, seterusnya diperintah semula oleh kerajaan Othmaniyyah dan akhirnya pada masa perang dunia pertama dan kedua di bawah pemerintahan tentera British. Penuh dengan cerita yang tak berkesudahan.


  Sebenarnya saya tulis pasal Gaza ni untuk peringatan kepada diri saya sendiri terutamanya sebab kurang ambil tahu. Tenggelam timbul saya punya pengetahuan pasal saudara-mara seIslam kita di Gaza. Dah berlaku serangan baru nak ambil tahu. Saya harap saya dapat istiqamah dalam ambil tahu pasal saudara -mara di Gaza. Bukan bermusim. Bila tengok apa jadi dekat kanak-kanak, bayi, serta penderitaan orang-orang awam di Gaza tempoh hari, saya tak dapat bayangkan kalau saya mempunyai anak ( oke, berangan sekejap ). Masih kecil dan naif pasal kehidupan.



sumber : google 

Untuk mereka yang tidak tahu lagi , rakyat Malaysia amat prihatin pada apa yang jadi kepada rakan seagama kita . Contoh nya , kalian boleh la mengelike AqsaSyarif . Kat sini , pada siapa yang berniat untuk menderma, boleh la berurusan dengan mereka.
Jangan fikir jumlah nya sikit tapi fikir apa yang sudah anda lakukan untuk saudara Islam kita :)

Namun , untuk para pelajar . Seperti saya juga . Jika tidak mampu dgn sumbangan wang ringgit . Mendoakan kesejahteraan mereka di akhir solat kita juga salah satu sedekah . InsyaAllah , doa itu sampai kepada mereka .

Oke , setakat ini sahaja untuk sekarang . Pray For Gaza :)

LAMBAT ! LAMBAT ! hadooiii ~


ASSALAMUALAIKUM

Hadoooii,dah lama tak update status.Bukan niat dihati untuk melupakan subjek ini tapi saya cuba untuk memperindahkan blog ini tapi kekangan masa yang dialami menyebabkan saya 'terlupa'.hehe..

Oke , untuk entry harinie saya akan bayar sebahagian ( maybe , suku .. hehe .. kekangan masa ) aktiviti yang berjalan sepanjang kehidupan di UKM nie :)

our super duper  power football player :) go junior !

juara pusingan bola sepak SANTAS :) *plessing

Untuk pengetahuan , kengkawan .. saya merupakan salah seorang squad junior SUKSIS UKM bagi sesi 2012/2013 . Baru-baru ni SUKSIS UKM mengadakan SANTAS - Sukan Antara Ahli Suksis ( i thinks betul la kot maksud SANTAS uh .. hehe ) . Aktiviti tahunan ni berjalan selama seminggu dan insyaallah penutup nya pada 24hb.Nov.2012 ini . Hasil survey saya la kan , saya dapat rasa kan bahawasa nya , SQUAD JUNIOR dapat meraih menang keseluruhan ! hahaXD
AMIN ...

KENAPA KONFIDEN JE SQUAD JUNIOR BOLEH MENANG KESELURUHAN ???

Hah , saya tak ada lah konfiden sangat . Tapi , alhamdulillah . kami menang bola sepak taw ! ibu segala pingat , bak kata squad inter ! haha . Tapi papepun keputusan nya nt , set mind .. IT'S JUST A GAME . KALAH MENANG . ADAT PERMAINAN :)

Oke , setakat ini untuk petang nie :) hehe