Thursday, 26 December 2013

GUNUNG NUANG .

ASSALAMUALAIKUM

Setelah sekian lama tak mengepost apa apa dalam blog nie, tetibe pada hari Jumaat terakhir tahun 2013 nie aku terajin diri untuk mengepost something yang aku rasa seronok untuk di'share'kan. Pengalaman pertama dan bukanlah azam tahun 2013 aku untuk mendaki gunung bagai ini. Cuma memang perangai aku yang selalu unexpected ini membuatkan semua kerja yang aku buat selalu unplanned. Mohon kahwin nt, under planning laa. bahaya weyh kalau unplanned, lain macam bunyi nya *mohon dijauhkan. Okay, back to akar blog dicoret. Pengalaman pertama aku mendaki gunung dimulakan dengan Gunung Nuang, Hulu Langat pada 11/12/13 *tarikh chantek bai utk pengalaman pertama daki gunung nie. haha . Untuk pengetahuan, Gunung Nuang gunung tertinggi Negeri Selangor ye. Gler tak gler, pengalaman pertama terus panjat gunung tertinggi woii. 

Ekpedisi ke Gunung Nuang nie aku dgn coursemate join under Sekretriat Rakan Muda UKM. So,takpayah nak lantik apa apa AJK bagai laa. Bayar RM15, pukul9 malam kumpul depan Pusanika naik bas gerak pi Taman Negara Gunung Nuang. Okay, kat sini aku selitkan sikit barang-barang yg korang patut bawak laa untuk daki gunung Semenanjung Malaysia ni, especially Gunung Nuang nie laa. 

  • Beg belakang
  • Baju hujan 
  • Kasut getah, kitorg pakat ramai ramai beli kasut kat Mr.DIY jenis getah sesuai pi noreh RM6.50 je.
  • Headlamp, sangat penting utk mendaki malam.
  • Air, kalau jenis 1stime daki plus kuat minum air, aku suggestkan bawak 3 ke 5 liter air laa.
  • Coklat! Biasa dgr bwk energy bar. Pe benda ntah. Aku takpenah makan lagi, so coklat punn bagi tenaga. Nak nak cloud 9. Time time daki uhh, boleh kunyah kunyah.
  • Minyak panas, suggestion menza atau counterpain sebab in case cramp mase daki tu.
  • Untuk perempuan yg setiap bulan ada masalah wajib tu, bwk laa keperluan yang sepatutnya. Plastik. Jgn main buang merata-rata. Tempat org. Simpan je dulu. hee


    okay jangan tengok muka gigih aku tu, tapi peghatikan kasut noreh tu. hehe
Aku rase ini jela barang yg kitorg bawak untuk satu hari satu malam. Yang kasut tu, bagus pakai kasut kalis air and mencengkam sebab tanah kat Gunung Nuang tu tanah merah dan kalau musim hujan mmg licin laa. Lagi satu, kalau ada tongkat yang sesuai untuk mendaki pun, bagus laa kalau nak bawak utk Gunung Nuang nie.

Kita kembali kepada perjalanan aku tadi. Pukul 10malam kitorg sampai dan terus daki pergi ke Kem Lulu. Untuk sampai ke Gunung Nuang, kita kena lalui 3 kem, Kem Lulu, Kem Pacat dan Kem Pengasih. Jarak tempat parking bas ke Kem Lulu nie dalam 3 4km kot, aku takpasti laa. Yang penting kitorg sampai Kem Lulu dekat pukul 1pagi kott. Sampai je Kem Lulu, kitorg membuta dulu. Lepas subuh, baru sambung pi Kem Pacat. Perjalanan ke Kem Pacat okay. Takde apa apa masalah laa. Takberapa nak curam. Tanah pun okay. Yang semart kat Kem Pacat nie, korang sampai je kat Kem Pacat mesti korang akan nampak box TM. Gler ko, kat situ punn ada line taw. Boleh laa kalau nak Insta gambar kejap. Aku takpasti kitorg sampai pukul bape, mcm dalam pukul 9lebih pagi kot.

Kikin. Konah. Syaza. Elah.

Elah *buddyz. haha. Masa ini kat bawah lagi.


Pasuh, diteruskan ke Kem Pengasih. Aku mmg takfaham laa bentuk muka atau track pi Gunung Nuang nie. Kejap naik, kejap turun. Dan perjalanan ke Kem Pengasih mmg mencabar ! Dengan keadaan bentuk muka bumi nya yang aku boleh katakan baik korang msg mak ayah korang mase kat Kem Pacat, minta ampun maaf dulu. Bukan apa, kalau untuk aku yang perempuan nie la, gaung dekat je weyhh. Tergelincir sikit, free free laa jatuh. Tapi biasalah kalau takut menguasai diri, kita akan lebih berhati-hati. Hehe. Lepastu hujan lagi. Hah, mmg chantek sgt laa kan. Aku mmg da nekadlah, sampai Kem Pengasih aku nak quit. Penat plus aku agak nak sampai puncak nt mesti lagi mencabar. Tak sanggup. Kejapgi, masa sampai Kem Pengasih aku boleh teruskan je perjalanan sebab masa tu aku dengar ketua aku kata Kem Pengasih atas lagi tapi aku pelik bebudak laki lepak je kat tempat uhh sambil smoking bagai. Yang aku punn sengal jugak, da baca daa signboard dia. Tapi dia tulis 'Puncak Pengasih'. Tu yang aku fikir, ohh mgkin jauh lagi nie Kem Pengasih. Untuk menambahkan lagi fakta kebangangan tu, ada sorang abang nie kata 'jangan tertipu puncak nuang dgn puncak pengasih.' So, otak aku nie dok fikir nak carik KEM PENGASIH. Lepas je PUNCAK PENGASIH tu, baru aku tahu aku da terlepas KEM PENGASIH tu pun lepas aku tanya mana Kem Pengasih. Jauh gler. Japgi konah kata, da terlepas laa, leha. Masa tu aku rase macam nak jerit je! Bila fikir balik, ada baik jugak aku dok carik Kem Pengasih dari Puncak Pengasih sebab kalau takmacam tu, mesti aku takkan sampai Puncak Nuang. Jarak Nuang dgn Pengasih boleh dikatakan dekat laa.

ini muka masa sampai Kem Pacat. Masih mampu tersenyum dan having a cloud 9 dulu. 


So, alhamdulillah. Aku dgn group aku *masa kat bawah, kami bahagikan pada group. sampai dalam pukul 12tgahari. Perjalanan dari Kem Lulu ke Puncak Nuang makan masa dalam 6jam jugak laa plus minus rehat rehat kitkat lagi. hehe. Sampai puncak, apa lagi. Sesi makan makan dgn tangkap tangkap gambar laa. Ohh yeah, list yang aku bagi tu untuk persediaan kalau daki sorg sorg laa. kalau by group, bawak laa megi ke, air tu jgn bagi habis sebab nt kat puncak boleh masak megi. alatan memasak. sudu mangkuk. nt sebelum daki, bahagi kan siapa bawak apa. so, ringan sikit beban.
tengok tengok. kita main rewang rewang dulu. before gerak turun.

Saya sudah sampai puncak. Anda bile lagi ? Aicehh. haha

Yeah ! 
Okay. Bila naik mestilah turun kann. Takkan nak mengharapkan helikopter amik kat Puncak Nuang tu pulak. Dlm pukul 1lebih ptg kitorg gerak turun. Oh sebelum tu, aku nak cerita atas Puncak Nuang tu boleh dikatakan sejuk jugak laa walaupun da tengahari. Konah siap boleh kuarkan asap dalam mulut lagi. Konon konon smoking laa. haha. Masa kat puncak, bebual dgn sorang akak nie. Dia kata turun gunung kejap je separuh dari masa kita sampai puncak, nak nak kalau jenis pro. Masa turun tu, berlari je. Untuk membuktikan kebenaran yang dikatakan, aku punn buat laa. Mula-mula tak berlari laa. Gler ko, track Kem Pengasih mcm gler kott. Tapi sampai je Kem Pacat, mmg aku lari. Bukan sebab aku pro ke hape tapi sebab aku nak air! Aku da kehabisan air daa sebab terlalu byk minum time nak naik puncak. Kebetulan kat Kem Lulu ada sungai, so mmg sungai tu motivasi aku untuk berlari sorang sorang laa.

Kat Gunung Nuang nie, kalau korg daki sorang sorang punn takde masalah sebab track dia senang nak tahu sebab ramai je pendaki turun naik gunung nuang nie.So, takde istilah tersesat laa aku agak. Hehe. So, aku sampai Kem Lulu dalam pukul 4ptg. Sampai Kem Lulu, aku da tak fikir kencing tikus ke hape, minum je air sungai tu. *mengucap dulu. baca doa dulu. Nikmat gler. Siapa yang cepat turun tu, siap siap solat Zohor sebab mmg da lambatkann. Pasuh ada bro gn sista yang stay bawah da siap siap buatkan air teh o panas gn hot dog. So, macam minta nyawa putus cepat cepat jela aku nie. Tak nyabar pi minum air sungai. Tak tahu ada org da siap siapkan makan minum. Haishh. Tapi alhamdulillah, sampai sekarang aku okay je. Siap boleh tulis blog lagi. haha. Masa minum air teh o tu, time tuu baru mulut aku kuar asap weyh! hahaxD masa kat atas, tak kuar kuar. So aku agak mgkin sebab badan aku sejuk then minum air panas, baru kuar asap. Haha
Sayang gler Konah tak tengok. Aku mmg nak tunjuk kat dia time uhh sebab jeles kat puncak dia boleh kuar asap. Haha. *batak gler.

Lepas je makan minum, bro yang stay uhh suruh turun pi bawah dulu dari tunggu kengkawan yang lain sebab takut bila da gelap lagi susah nt. So, aku tunggu la sorg akak nie, sebelum gerak berdua turun bawah. Yela, kunk kott, aku tergelincir ke mase turun jatuh gaung, siapa tahu siapa nak jerit jerit minta tolg kann. Sampai bawah dalam pukul 7mlm dan aku gn akak tu terus mandi manda bersihkan diri yang satu hari takmandi tuu. Nikmat gler. So, kami semua siap kumpul gerak balik ukm pukul 9lebih malam. Kira mcm 24jam jugak laa kat Gunung Nuang tu. Akhir sekali, pengalaman mendaki Gunung Nuang pengalaman yang menyeronokkan. Masa tgh mendaki, aku terfikir kenapa laa aku boleh nak mendaki sangat nie. Selain jawapan untuk melihat keindahan ciptaan Allah dari puncak tertinggi. Jawapan baru yang aku dapat, erti kesabaran dan erti tidak mudah putus asa. Kat sini kita akan belajar erti kesusahan. Dan memotivasikan diri aku untuk sentiasa rajin berusaha walaupun selalu hadapi kegagalan. Dan jangan malas malas. Haha. Okay, itu sahaja untuk pengalaman pendakian pertama aku. Akan menyusul pendakian Gunung Tok Wan dan Broga tapi nanti laa. Penat otak ingat moment moment indah. HahaxD
Puncak Nuang 1493m aras laut 


Bye kesayangan semua :)

10 comments:

  1. totalnya brp lama ye masa nk daki gunung nuang tu?

    ReplyDelete
  2. kalau untuk beginner biasa dlm 12jam laa. sebab ada 3 checkpoint utama. nak nak mcm saya dulu, memanjang je berhenti. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Kasut adidas kampung tu.. Hikers pgil bgitu.. Huhu

    ReplyDelete
  4. siti naik ja mkn masa 12jam ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak laaa. Naik turun 12jam (:

      Delete
    2. makne siti byk check point la ni?..ooo..bila nk pergi lagi?

      Delete
  5. TEBING TINGGI BACKPACKER(FB)
    MOUNT GUIDE SERVICE
    G.nuang via janda baik
    G.nuang via pangsoon
    Also provided:
    -forestry permit
    -police report
    -nature guide
    -1st aid kit (basic)

    ANDY:017-9997790

    ReplyDelete