Saturday 1 December 2012

ALFATIHAH UNTUK ARWAH ENCIK SHAMIM AHMAD

ASSALAMUALAIKUM


   Semalam , 5.42 ptg ( kalau saya tak silap ) . Arwah ayah kawan saya , telah kembali ke rahmatullah . Sesungguhnya arwah seorang yang baik . Walaupun , arwah hanyalah ayah kwn saya tapi sedikit sebanyak peribadi arwah sempat saya kenal . Aishah merupakan kawan baik saya . Dia selalu dtg rumah saya walaupun jarak rumah kami agak jauh . Dan arwah ayah nya la pemandu setia aishah . Aishah rapat dgn arwah ayah nya . Saya harap sangat aishah tabah . Walaupun , tak perlu diingat kan kerana aishah antara kwn saya yang pandai menyelesaikan masalah dan saya tahu , ujian yang dihadapinya sekarang , mampu ditangani .

alfatihah 

arwah encik shamim ahmad

Monday 26 November 2012

PUAS HABISKAN DUIT XD

ASSALAMUALAIKUM


 Semalam,25hb November 2012,Ahad . Saya ditemani rakan saya , membeli sebuah mesin pencetak ( printer ). Ikutkan malas nak beli,macam xpenting.Tapi fikir punya fikir,alang-alang duit ada lebih sikit ini,daripada beli barang ntah pape,baik beli printer.Atleast,kalau duit habis pun,nampak la kearah mane.hehe

 Malam sebelum hari kejadian,saya menghadiri majlis perpisahan suksis.Sebenarnya bukan menghadiri tapi menyertai persembahan untuk majlis perpisahan Tuan Zambrus.Saya squad junior,maka xde la kenal mane gn tuan tu tapi alhamdulillah,persembahan dikir barat squad junior menjadi perhatian.Rasenya, kalau kami kami ni masuk bertanding . Bole menang ! *oke itu perasan ! haha


para sahabat suksis
okok,kembali pada cite printer tadi a.k.a mesin pencetak.Saya bercadang untuk membeli printer Hp . Sebab :
  • kawan yang cadangkan.Dia pun pakai hp.
  • harga yang berpatutan
  • ink murah berbanding mesin pencetak yang lain
Saya pun belilah disebabkan reason reason di atas.hehe
harga nya?? RM229 . Free black ink . dan hadiah hadiah sampingan berwarna pink *suka sangat !

ini la printer nya. 3 dlm 1 *sumber encik goOgle
Oke,cukup untuk hari ini :)

haha . saleha . ainur . jenjalan . low yat . hahaXD

Friday 23 November 2012

PRAY FOR GAZA

ASSALAMUALAIKUM

 Cerita pasal Gaza ni bukan cerita benda dua tiga hari lepas, tapi dah berdekad-dekad dan berkurun lamanya. Dari pemerintahan kerajaan Mesir purba, kepada kerajaan empayar Rom, kemudian kerajaan Rom Byzantine, kemudian pemerintahan kerajaan Islam khalifah Umar al Khattab, kemudian ditawan semula oleh pahlawan tentera Salib (Crusaders), kemudian diperintah oleh kerajaan Monggol, seterusnya diperintah semula oleh kerajaan Othmaniyyah dan akhirnya pada masa perang dunia pertama dan kedua di bawah pemerintahan tentera British. Penuh dengan cerita yang tak berkesudahan.


  Sebenarnya saya tulis pasal Gaza ni untuk peringatan kepada diri saya sendiri terutamanya sebab kurang ambil tahu. Tenggelam timbul saya punya pengetahuan pasal saudara-mara seIslam kita di Gaza. Dah berlaku serangan baru nak ambil tahu. Saya harap saya dapat istiqamah dalam ambil tahu pasal saudara -mara di Gaza. Bukan bermusim. Bila tengok apa jadi dekat kanak-kanak, bayi, serta penderitaan orang-orang awam di Gaza tempoh hari, saya tak dapat bayangkan kalau saya mempunyai anak ( oke, berangan sekejap ). Masih kecil dan naif pasal kehidupan.



sumber : google 

Untuk mereka yang tidak tahu lagi , rakyat Malaysia amat prihatin pada apa yang jadi kepada rakan seagama kita . Contoh nya , kalian boleh la mengelike AqsaSyarif . Kat sini , pada siapa yang berniat untuk menderma, boleh la berurusan dengan mereka.
Jangan fikir jumlah nya sikit tapi fikir apa yang sudah anda lakukan untuk saudara Islam kita :)

Namun , untuk para pelajar . Seperti saya juga . Jika tidak mampu dgn sumbangan wang ringgit . Mendoakan kesejahteraan mereka di akhir solat kita juga salah satu sedekah . InsyaAllah , doa itu sampai kepada mereka .

Oke , setakat ini sahaja untuk sekarang . Pray For Gaza :)

LAMBAT ! LAMBAT ! hadooiii ~


ASSALAMUALAIKUM

Hadoooii,dah lama tak update status.Bukan niat dihati untuk melupakan subjek ini tapi saya cuba untuk memperindahkan blog ini tapi kekangan masa yang dialami menyebabkan saya 'terlupa'.hehe..

Oke , untuk entry harinie saya akan bayar sebahagian ( maybe , suku .. hehe .. kekangan masa ) aktiviti yang berjalan sepanjang kehidupan di UKM nie :)

our super duper  power football player :) go junior !

juara pusingan bola sepak SANTAS :) *plessing

Untuk pengetahuan , kengkawan .. saya merupakan salah seorang squad junior SUKSIS UKM bagi sesi 2012/2013 . Baru-baru ni SUKSIS UKM mengadakan SANTAS - Sukan Antara Ahli Suksis ( i thinks betul la kot maksud SANTAS uh .. hehe ) . Aktiviti tahunan ni berjalan selama seminggu dan insyaallah penutup nya pada 24hb.Nov.2012 ini . Hasil survey saya la kan , saya dapat rasa kan bahawasa nya , SQUAD JUNIOR dapat meraih menang keseluruhan ! hahaXD
AMIN ...

KENAPA KONFIDEN JE SQUAD JUNIOR BOLEH MENANG KESELURUHAN ???

Hah , saya tak ada lah konfiden sangat . Tapi , alhamdulillah . kami menang bola sepak taw ! ibu segala pingat , bak kata squad inter ! haha . Tapi papepun keputusan nya nt , set mind .. IT'S JUST A GAME . KALAH MENANG . ADAT PERMAINAN :)

Oke , setakat ini untuk petang nie :) hehe

Friday 12 October 2012

KENAPA HARI SELASA JE PENAT ??

ASSALAMUALAIKUM

Hehe .. hari ini saya nak berceritalah sedikit sebanyak kehidupan baru di tempat yang baru . Tapi nak fokus kepada hari Selasa . Hari selasa merupakan salah satu hari yang amatlah penat !!
Ini penat bukan sebarang penat . Ini penat tidak berbaloi !

  PENAT MENUNGGU KELAS PETANG !

Hah . kalu da saya taip pun guna fon yang besar . Memang nampaklah kepenatannya . Hehe . Tunggu itu saya tidak kisah sebab seronok apa tunggu-tunggu kelas . bila sampai je bilik kuliah .



'Weyh , kelas batal la .. '

Seronok taw ! Tapi kadang-kadang kesian dekat kawan-kawan yang dari pukul 8pg tunggu kelas petang . Tahu-tahu . batal .
Bukan kesian apa . Kesian tengok mereka tetidur dalam bas .
Tak percaya ? Hah , saya cakap berbukti ye .

*hah . ini buktinya .. hehe *empunya diri tak tahu ini ..

Tapi mamat ini memang tersangat lah sibuk maka tidak hairan lah kalau dia tidur dalam bas walaupun penat menunggu kelas yang last minute .. Batal ~

Walaubagaimanapun , saya amat sayang dengan subjek tersebut kerana sebab pembatalan kelas . Saya dapat balik awal . Tak payah nak tunggu bas sampai magrib!

*saranghae PD <3 <3 <3!! *hehe
Oke . Last but not least , tak lama lagi cuti raya haji . Dan buat pertama kali lah saya pulang ke Johor ! Excited amat , > < !

*see see * my ticket bus !!


Setakat itu sahaja untuk hari ini . Wassalam :)

Monday 8 October 2012

BURGER BAKAR KAJANG !

ASSALAMUALAIKUM :)
Alhamdulillah , hari ini rezeki murah . Ada orang belanja makan ! Yeah ! Terima kasih Acu ye [ nak link kan dgn blog dia tapi tak tahulah ]

Dah sebulan saya menjadi pelajar UKM , tapi baru dua kali keluar dari kawasan ini . haha . Pertama kali semalam . Pergi melawat Mak Tam . Beliau baru bersalin . Anak kembar !! Perempuan !!
Comei-comei ( > < ) !!


*comei kan ?? *gambar memang di sengajakan  senget macamnie .
nak sakit kan kepala kalian ! hehe*

Yang kedua pula , dgn Acu lah , kawan satu kolej , satu fakulti !
Kami makan dekat kawasan dekat-dekat dengan UKM juga . Takpe lah , janji keluar U ! hehe

Saya tak pasti apalah nama tempat makan tu tapi yang penting nak habaq mai ni . kat restoran tu ada BURGER BAKAR !! haha
Da lama tu mengidam ! Akhirnya jumpe jugak .
Cerita pun tak guna . Ini saya selitkan aksi-aksi saya menghabiskan burger ! hehe

*ini lah burger nya * lokasi shooting :bilik ainur ! hehe *

*harga RM5.50 *harga setanding sedap dan kenyang nya ye*
Pelikkan . Keluar U . Makan burger je ?? Oh tidak2 . Makan-makan dalam restoran , keluar restoran pi try burger pula . hehe
Perut overload kenyang ye ! Gemuk ke berisi . Lain cite . Janji puas ! hahaXD

Okey la . Itu saje untuk hari ini . Wassalam :)

*nama saya Fya :)*akak kedua c kembar itu *

Saturday 6 October 2012

                  | ASSALAMUALAIKUM |

Seperti yang semua ketahui , Kolej Keris Mas yang semakin hari semakin hebat telah memenangi perbarisan Hari Malaysia peringkat UKM . Mungkin ada antara kalian fikir ,
 " ala , perbarisan je kutt .. "
Anda silap ye . Perbarisan adalah satu acara yang amatlah penting . Sebabnya , dekat sinilah kalian boleh 'femes' kan kolej kalian .
Oleh itu , untuk post kali ini . Saya nak tunjukkanlah sikit gambar kemenangan kami . Hehe :)


      * dapat RM1000 !! * muke berminyak , sila abaikan :)*




* dulu satu matrik , sekarang satu universiti * yang tengah itu kolej lain ye , KAB*

Ikutkan banyak lagi gambarnya tapi biasalah , encik broadband saya cemburu saya 'upload' gambar banyak-banyak . Nanti makin 'slow' . Ini pun sudah banyakkan , lebih dari satu :) banyaklah itu .
Okay , setakat itu saja .. wassalam :)


*kamilah sang juara !*encik broadband tetibe kasi upload gambar ini :) *


Wednesday 19 September 2012

keris mas .. aummm !! ( ^ ^ )

keris mas johan kawad perbarisan sempena hari malaysia peringkat UKM !!