Friday 23 November 2012

PRAY FOR GAZA

ASSALAMUALAIKUM

 Cerita pasal Gaza ni bukan cerita benda dua tiga hari lepas, tapi dah berdekad-dekad dan berkurun lamanya. Dari pemerintahan kerajaan Mesir purba, kepada kerajaan empayar Rom, kemudian kerajaan Rom Byzantine, kemudian pemerintahan kerajaan Islam khalifah Umar al Khattab, kemudian ditawan semula oleh pahlawan tentera Salib (Crusaders), kemudian diperintah oleh kerajaan Monggol, seterusnya diperintah semula oleh kerajaan Othmaniyyah dan akhirnya pada masa perang dunia pertama dan kedua di bawah pemerintahan tentera British. Penuh dengan cerita yang tak berkesudahan.


  Sebenarnya saya tulis pasal Gaza ni untuk peringatan kepada diri saya sendiri terutamanya sebab kurang ambil tahu. Tenggelam timbul saya punya pengetahuan pasal saudara-mara seIslam kita di Gaza. Dah berlaku serangan baru nak ambil tahu. Saya harap saya dapat istiqamah dalam ambil tahu pasal saudara -mara di Gaza. Bukan bermusim. Bila tengok apa jadi dekat kanak-kanak, bayi, serta penderitaan orang-orang awam di Gaza tempoh hari, saya tak dapat bayangkan kalau saya mempunyai anak ( oke, berangan sekejap ). Masih kecil dan naif pasal kehidupan.



sumber : google 

Untuk mereka yang tidak tahu lagi , rakyat Malaysia amat prihatin pada apa yang jadi kepada rakan seagama kita . Contoh nya , kalian boleh la mengelike AqsaSyarif . Kat sini , pada siapa yang berniat untuk menderma, boleh la berurusan dengan mereka.
Jangan fikir jumlah nya sikit tapi fikir apa yang sudah anda lakukan untuk saudara Islam kita :)

Namun , untuk para pelajar . Seperti saya juga . Jika tidak mampu dgn sumbangan wang ringgit . Mendoakan kesejahteraan mereka di akhir solat kita juga salah satu sedekah . InsyaAllah , doa itu sampai kepada mereka .

Oke , setakat ini sahaja untuk sekarang . Pray For Gaza :)

No comments:

Post a Comment