Sunday, 13 September 2015

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN & PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN PEGAWAI KOR SUKSIS IPTA KE-11, TAHUN 2015.

ASSALAMUALAIKUM

Hai semua ! Harinie aku nak update sikit pasal majlis tamat latihan setelah lebih kurang 3tahun berkhidmat di dalam Kor SUKSIS UKM. Sebelum nie, aku pernah cerita pasal zaman junior aku, so skrg aku nak cerita laa peristiwa paling dinanti nanti oleh kami semua, SKUAD 8 Kor SUKSIS UKM!
HAHAHAHA

Jemput hadir pada yang dekat. HAHA.
So, let's begin our story! Huhuhu. Actually majlis pertauliahan nie selalu berlaku time kami bebudak tahun 3 nie sibuk berpraktikal. Jadi, syukur alhamdulillah tempat aku praktikal bagi pelepasan untuk aku berkhidmat kali terakhir sebagai pelatih Kor SUKSIS sebelum bergelar Inspektor Kor SUKSIS.
Majlis pertauliahan kali nie berlangsung di UTHM tapi kami semua diminta berkumpul di UKM dulu so aku punn balik UKM naik keretapi. 

Ayah teman sampai stesen keretapi, mak teman sampai Seremban.
Kakzila chantek yg sudi tumpangkan kita kat umah nie. HAHA
So, sebelum balik ke UKM. Aku tumpang rumah Kakzila dulu sebab kitorg nak beli barang-barang yang taksempat nakbeli lagi untuk persediaan 2minggu berkawad di UTHM nt. Kat phone aku mmg banyak muka selfie aku nie sebabnyaa untuk persediaan mental aku sebelum terbakar rentung kat UTHM nt. Takpercaya? Takpe, cerita takhabis lagi. 

HAHAHAHA


Tudung skola. Gigih k mencari kat masjid india. HAHA
Actually kitorg kena balik awal ke UKM sebab nak kena fitting baju. Yela,takut takut bajunyaa terbesar ke? *macam mustahil untuk aku yang kian membesar nie. So, balik laa UKM awal untuk tengok baju no1. Baju no1 nie adalah salah satu sebab aku eksited nak masuk SUKSIS. Terasa bangga weyhh pakai baju tuu. Aku sanggup beli ikut size badan aku semata mata untuk baju no1. Walaupun org kata membazir. Tapi bagi aku takde laa membazir. Sebab kita dapat elaun setiap bulan. So aku bayar laa sikit sikit. Lama-lama, baju yang kos nyaa RM500 sepasang tuu, takde laa terasa sangat kann. HEHE.

Malam sebelum 5hb Ogos kami bertolak ke UTHM. Test baju dulu. Alhamdulillah, muat :)

Anggota SUKSIS UKM bertolak ke UTHM pada 5hb. Aku mmg eksited betul dengan event nie. Sebabnyaa satu ofcos laa soon aku dapat title inspektor. Keduanyaa, yeahhh! bebas sekejap dari dunia praktikal! Stress k. Even kena berpanasan sepanjang masa, aku lagi rela. 

HAHAHAHA

Muka dalam bas otw pi UTHM. Test Topi dulu. HAHA

Skuad wanita SUKSIS UKM, menginap di Kolej Dr Ismail, UTHM. Serious tempat nyaa chantek. Cuma kolej nie punn ala ala KKM jugak, masa hari ke 3, atau ke 4, aku tak ingat. Tandas kat wing aku takde air. Tapi kejap je, Kalau KKM, malas laa nak cerita. Takde kaitan dgn tajuk. 

HAHAHAHA

Esoknya kami start laa berkawad. Betul laa kata senior, takpayah bawak baju bebanyak sgt. Sebab belah pagi dari pukul 7-1ptg, then rehat. Pasuh start, 2.30-5ptg, korg akan pakai baju yang sama. Means, seluruh anggota SUKSIS seMalaysia akan pakai baju yang sama, baju yang akan diberikan malam sebelum kita start kawad. Hari pertama kawad, cuaca seperti yang ramai inginkan laa. Hujan lebat sampai ke tengahari taksilap aku. Petang lepas rehat punn sama. 

HAHAHAHA

Nie muka suka dapat bilik yang selesa. HAHA.
Biasa belah malam mmg takde apa apa program,melainkan roll call yang akan dibuat setiap hari oleh jurulatih setiap universiti yang bertujuan untuk meng update perkara seperti kawad pagi tuu, pakai yang akan dipakai kawad besoknyaa, siapa takbole kawad dan ikut suka jurulatih tu laa nak bebel apa lagi. 

HAHAHAHA

Tapi hari pertama kami kawad, belah malam tuu. Semua universiti kena berkumpul di dewan untuk raptai penyampaian sijil nt. Jangan memain k, Ketua Polis Negara yang bagi sijilnyaa. Dewan UTHM nie, mmg chantek laa. Teruja lagi aku. 

HAHAHAHA

See? Muka takterbakar lagi. HAHA

K, aku baru perasan. Time nie Didie suruh kitorg tunjuk hidung. Tapi muka dia suci dlm debu. Siot! HAHA

Presiden Kor SUKSIS UKM, guys!! A.k.a pelajar terbaik keseluruhan UKM. 
Hari seterusnyaa, hujan mmg takturun lagi laa. Kalau hujan punn, gerimis je. Kau rasa jurulatih nak bagi kitorg rehat kalau setakat hujan renyai renyai mak iloi sayang tu? Mmg tak laaa. Sebelum kitorg kawad nie, sebenarnya setiap U telah dimaklumkan berada di detachment mana. Utk UKM, wanita di detachment 3 manakala lelaki di detachment 4. Mana yang kawad chantek tuu, akan berada di kawad kawalan laa. Mana yang kawad chantek plus suara kuat jadi laa Sarjan dgn Pegawai baris. Yang penting takde punn yg dapat pangkat 'Dato' selepas tamat latihan heh. Eh, sis cakap je. 

HAHAHAHA


Masa nie paraskan skuad. Mana yang tinggi belah kanan, yg rendah belah kiri. Hehe
Lepas da paraskan skuad semua, kami punn berkawad laa. Selama 12hari. Mula mula tu mmg laa takseragam. Masa nie, korg akan rasa macam menyesal penah ponteng kawad. *itu apa yang aku rasa laa. Bagi aku sebenarnya betul laa. Kalau kau selalu kawad, takde masalah untuk kau seragam tp kena ingat. Kaki kau dengan kengkawan bukan nya sama panjang, so jgn laa selalu syok sendrik bangga kawad kau bagus sampai org terpaksa kejar kaki kau yg laju nak mampus tu. Lagi satu, sechantek mana punn kau sorg kawad, kena ingat kita kawad satu detachment. Satu detachment ada dalam 100 org ke atas laa. Jadi kalau kau sorg je bagus, yang lain tuu taksemestinyaa takbagus. Mgkin stamina dorg tak kuat sebab da lama sangat takberkawad atau mungkin dorg mmg takpernah kenal apa itu kawad yg bagus mcm kau punye kawad. Jadi kau yang bagus nie, jangan sombong jangan angkuh. Ajarlaa tegurlaa kengkawan tu dengan cara yang baik yee. Aku cakap panjang berjelaa nie sebab nt bila da sampai time korg tauliah atau mgkin korg nak tahu cerita dalan detachment, haaa lebih kurang macam kiasan aku tuu laa perangai bebudak dalam detachment tuu. Tapi sampai masa tauliah nt, percaya laa. Semua detachment nampak seragam nampak chantek!  

HAHAHAHA

U see that? Itu bukan kuih lapis naa. Itu kesan pemanasan global yee. HAHA

Muka akak sebelah tuuu chantek je kann? Biasa laaa org kalau chantek,panas camne punn tetap chantek. *kakzila, kita ckp diri kita k. Jangan perasan.

Dayang senandung in da house yowwww. Mase nie ramai jugak laa pengusaha produk pencerahan usha sis untuk testimoni. K
Biasanyaa 2hari sebelum hari kejadian, akan diadakan raptai penuh. Tujuan dia nak tengok peratusan yang tumbang masa hari kejadian nt. Perghh, firstime pakai baju no1 ramai-ramai, dia punye semangat, lain macam weyhhh. Sumpah beb. Pepagi buta, kau kena solat subuh awal awal, siap cecepat sebab pkul 7 pagi da kena ada kat padang kawad, mmg takrasa. Pasuh kau akan berasa azab nyaa bila kena berdiri lama masa menunggu VVIP dtg, masa tunggu VVIP berucap dan dan dan berdiri menunggu penyampaian hadiah untuk 20org pelatih terbaik keseluruhan. K
Masa nie, mmg ramai laa yang pengsan. Kalau dorg pengsan, medik nampak. Okayy lagi. Tp yang jenis kat dalam tengah tengah detachment tu, mmg memerlukan perkhidmatan hentakkan senjata dari kengkawan laaa. Kesian weyhh, muka pucat je aku tengok. Nak tolong mmg takboleh laa. Harapkan medik jelaa.
Masa nie kembara mahkota johor. HAHAHA

Romate sis 12hari di UTHM. K
16/08/2015. Yeahhh! Sampai jugak hari kejadian. Aku ingat kitorg laa paling awal kat padang kawad tu, tp ada jugak mak ayah yang dtg awal weyhh. Turun turun dari bas je, da nampak khemah ada mak ayah. Pasuh kitorg kena panaskan badan dulu. Dalam pkul 7.45 pagi gitu da berkawad ke tengah padang kawad tu untuk VVIP. Da kawad semua, kena terus ke dewan. Masa nie, nak jumpe mak ayah, bole je curi-curi jumpe. Tapi dinasihatkan takpayah laa sebab takpasal-pasal kena sound free dari kengkawan korg yang kena tunggu korg tuu.

HAHAHAHA

Muka berkilat. Kawan sis cakap, sis kilatkan muka bukan kilatkan kasut.
Inspektor KS45160, Siti Saleha binti Azis.

Depan dewan tunggu bas datang. Time raptai penuh. 

Pagi kejadian kot. Nampak sangat muka takcukup tido. HAHA

Muka gembira lepas settlekan kawad dengan jaya nyaa! Yeahhh !

Dalam dewan. Muka gembira lepas KPN kenyit mata dengan Sis. K tipu. Senyum je. HAHA

Alhamdulillah, lepas tamat semua upacara nie. Dapat laa jumpe mak ayah, kengkawan yang hadir. So, kat sinie aku nak ucapkan terima kasih kepada mak ayah aku yang sudi membelikan Along bunga siap teddy bear. Firstime org bagi kita bunga. Ouchh. Terima kasih jugak kat Wani! Jasa kau, sampai mati aku kenang weyhh. Sudi jadi driver mak ayah aku. Hehehe. Bean, Lina dan Lily datang melawat aku. Terima kasih semua. Terharu.

Ni laa mak ayah, Sis. Jauh dtg semata mata nak tengok dayang senandung berkawad. HAHA

Nie wani. Chantek kann? Single lagi. Nak kenal, bole bagitaw. Sis cuba bantu. HAHA

Bean. Taktahu laa single ke tak. Budak nie kejap single kejap double. Yg pasti belum kahwin lg. K

Lily, da takbole kacau. Lina, boleh kacau tapi make sure berjambang. Yg tangkap gambar nie, Cg Zurin. Seorg pegawai Kor SUKSIS jugak tp Sis taksimpan pulak gambar bersama. Maaf zurin. Hehehe
Done majlis pertauliahan. Ada yang balik terus lepas habis kenduri tuu, tapi mana yang ada program lagi stay laa. Sebab belah malam, kami ada dinner dengan pihak UTHM. Best laa jugak dinner nyaa. Hmmmm


Dinner di UTHM, berbaju batik.
Esoknyaa, kami pulang ke UKM sebab malam tuu kitorg ada dinner dengan team SUKSIS UKM pulak! Huhu. Lagi best daripada dinner di UTHM tuu. Hashtag Sis Bagi Pendapat je. Dinner kitorg nie melibatkan semua pegawai SUKSIS dan jurulatih *nampak tak penggunaan pegawai tuu. da takde pelatih daa. HAHAHA. Alhamdulillah, majlis yang dibuat di Hotel Bangi nie, syok laa jugak. Cuma taksempat nak karaoke lagu Meraung je. 

HAHAHAHA

Romate aku. Caap ! Hehe

Gambar penuh baju aku. Motif sgt. HAHA
Kakzila dan Kakmai, dorg nie laa punca sebenarnya team futsal skuad kitorg ditakuti. HAHA

Bersama Pegawai dan Jurulatih!

K laaa. Cukup laa coretan untuk hari ini. Apa apa punn, aku tulis ini semua sebagai kenangan untuk kami Skuad 8 Kor SUKSIS UKM. Walaupun banyak gambar aku je, takde banyak gambar korg. Lantak laa kesah pulak aku. Nie blog aku. Heeee. Aku harap hubungan Skuad 8 takberakhir pada 16/08/2015 tu jelaa. Harap kita masih lagi berhubung sampai akhir hayat. Untuk jurulatih, Cik Ariffin dan Cik Azman ( Cik Ipin & Cik Man ), terima kasih banyak-banyak. Terima kasih sebab suka melayan kerenah kami, suka membantu kami, sayang kami macam anak-anak, selalu ada bagi nasihat dan terima kasih untuk 3tahun nie Cik Ipin & Cikman. We love you. 


I love uolls. Terima kasih semua.
Bye, kesayangan semua :)

No comments:

Post a Comment