Wednesday, 10 April 2013

Saya Budak Suksis UKM

ASSALAMUALAIKUM


Tetibe harinie rajin pulak nak menconteng. Haha . Oke, ini kerana tengah cuti midsem kan . Tak tahu nak buat apa . So,today . Saya Saleha Azis *pomot fesbuk . haha . Nak bercerita serba sedikit tentang SUKSIS. Mungkin ramai yang tak tahu pasal SUKSIS berbanding pada PALAPES sebab dulu aku pun same je. Sampai sekarang kott still tak boleh nak cerita nama panjang SUKSIS uh . Kalau aku tak silap la,SUKSIS stands for Sukarelawan Kepolisan Siswa Siswi *betulkan aku kalau salah ;)

cik cik suksis :)



SUKSIS ini macam PALAPES juga. Means, dari segi latihan kawad,ada pegang pegang senapang jugak,masuk masuk hutan dan bla bla. Tapi best nya SUKSIS ini. 1st, mesti laa dapat elaun kan. Setiap badan beruniform kat U mesti dapat elaun kecuali tak silap aku BSMM *mcm PBSM laa . 2nd yg best tentang SUKSIS nie,latihan nya cuma hari SABTU je !!! *kalau SUKSIS kat UKM. U lain aku tak pasti.


Ini sebahagian daripada squad junior*squad aku la.
Masa ini tak silap hari perpisahan dgn pegawai .

Kalau ikut plan aku mase masuk masuk U ni,aku nak amik PALAPES tapi masak laa. Latihan setiap masa kott . Just sem dua nie,dorg heaven sikit la. Latihan selang selang . Aku cerita nie bukan laa nak semua benci PALAPES, sume masuk SUKSIS. Tidak . Just nak korg yg tak tahu pasal SUKSIS nie, jadi tahu laa. Sharing is caring meyhh. Setiap badan uniform ada la kelayakan nak masuk. Macam tak rabun. Ada laa basic sikit sikit tentang kawad nie*tipu laa korg langsung tak reti berkawad.Kalu tak reti jugak.Tengok Utube sane !

Beria ?? Ofcos laa. Squad aku johan keseluruhan SANTAS ( Sukan antara squad )
*piala bukan milik aku. Pleasing je:P



Then,nanti ada ujian air kencing.haha. Tak boleh go betul laa dia nak amik air kencing kita taw! Tujuan uhh haruslaahh nak tengok kite nie positif dadah ke tak . Lepas tu, bila da setel sume tu. Akan ada majlis akur janji . Tamat je majlis itu,secara rasmi jadi laa pelatih SUKSIS.

Kalau kat UKM,latihan sebagai pelatih nie selama 3tahun. Lepas je 3tahun,akan ada majlis pertauliyahan *betul ke ejaan aku nie.haha . Then,habis je majlis ini,secara rasmi laa korg akan mendapat title Inspector !

hoho. Tak sabar aku nak tunggu masa tuu. Korg boleh terus nak berkhidmat dgn polis atau pun korg nak amik part time je . So, bagi aku walaupun kadang kadang kita rase mcm mase cuti berehat kite diganggu dgn aktiviti uniform,dgn kawad tghari buta *aku selalu burn taw ! tapi cuba kita fikir benefit nya. Bila kite fikir kelebihan nya , insyaAllah . Kita rase senang nak buat suatu pekerjaan tu. *oke,motivasi kejap .

Hensem kan?? Ncik ini yg lead kawad utk Hari Polis yg ke 206  kat IPG Kajang.
 Sudah tua,sebaya ayah aku mungkin.hehe

Oke laa. Setakat ini aje. Harap membantu mereka yang keliru :)


KS 45 160 . Siti Saleha Azis . *gambar pasport  berbackgroundkan tudung.
Terima kasih Ainur pinjam kan tudung biru 2helai dan henset bb mahal awak . haha


Tuesday, 9 April 2013

SI PEMALAS TEGAR

ASSALAMUALAIKUM

Haha . kalau sudah baca tajuk pun sudah tahu lah betape malas nya aku untuk meng update blog nie.

Oke . The reason why aku tetibe rajin update, kerana blog ini sudah tidak lagi digunakan sebagai kerja rumah merangkap markah utk subjek aplikasi komputer aku. haha . Itu yang bahasa tungang langang uhh. Papepun , im really enjoy last sem and hope this sem i can struggle for better pointer. InsyaAllah .
Oke . That's all for now. Sampai ketemu lagi :P

Saturday, 1 December 2012

ALFATIHAH UNTUK ARWAH ENCIK SHAMIM AHMAD

ASSALAMUALAIKUM


   Semalam , 5.42 ptg ( kalau saya tak silap ) . Arwah ayah kawan saya , telah kembali ke rahmatullah . Sesungguhnya arwah seorang yang baik . Walaupun , arwah hanyalah ayah kwn saya tapi sedikit sebanyak peribadi arwah sempat saya kenal . Aishah merupakan kawan baik saya . Dia selalu dtg rumah saya walaupun jarak rumah kami agak jauh . Dan arwah ayah nya la pemandu setia aishah . Aishah rapat dgn arwah ayah nya . Saya harap sangat aishah tabah . Walaupun , tak perlu diingat kan kerana aishah antara kwn saya yang pandai menyelesaikan masalah dan saya tahu , ujian yang dihadapinya sekarang , mampu ditangani .

alfatihah 

arwah encik shamim ahmad

Monday, 26 November 2012

PUAS HABISKAN DUIT XD

ASSALAMUALAIKUM


 Semalam,25hb November 2012,Ahad . Saya ditemani rakan saya , membeli sebuah mesin pencetak ( printer ). Ikutkan malas nak beli,macam xpenting.Tapi fikir punya fikir,alang-alang duit ada lebih sikit ini,daripada beli barang ntah pape,baik beli printer.Atleast,kalau duit habis pun,nampak la kearah mane.hehe

 Malam sebelum hari kejadian,saya menghadiri majlis perpisahan suksis.Sebenarnya bukan menghadiri tapi menyertai persembahan untuk majlis perpisahan Tuan Zambrus.Saya squad junior,maka xde la kenal mane gn tuan tu tapi alhamdulillah,persembahan dikir barat squad junior menjadi perhatian.Rasenya, kalau kami kami ni masuk bertanding . Bole menang ! *oke itu perasan ! haha


para sahabat suksis
okok,kembali pada cite printer tadi a.k.a mesin pencetak.Saya bercadang untuk membeli printer Hp . Sebab :
  • kawan yang cadangkan.Dia pun pakai hp.
  • harga yang berpatutan
  • ink murah berbanding mesin pencetak yang lain
Saya pun belilah disebabkan reason reason di atas.hehe
harga nya?? RM229 . Free black ink . dan hadiah hadiah sampingan berwarna pink *suka sangat !

ini la printer nya. 3 dlm 1 *sumber encik goOgle
Oke,cukup untuk hari ini :)

haha . saleha . ainur . jenjalan . low yat . hahaXD

Friday, 23 November 2012

PRAY FOR GAZA

ASSALAMUALAIKUM

 Cerita pasal Gaza ni bukan cerita benda dua tiga hari lepas, tapi dah berdekad-dekad dan berkurun lamanya. Dari pemerintahan kerajaan Mesir purba, kepada kerajaan empayar Rom, kemudian kerajaan Rom Byzantine, kemudian pemerintahan kerajaan Islam khalifah Umar al Khattab, kemudian ditawan semula oleh pahlawan tentera Salib (Crusaders), kemudian diperintah oleh kerajaan Monggol, seterusnya diperintah semula oleh kerajaan Othmaniyyah dan akhirnya pada masa perang dunia pertama dan kedua di bawah pemerintahan tentera British. Penuh dengan cerita yang tak berkesudahan.


  Sebenarnya saya tulis pasal Gaza ni untuk peringatan kepada diri saya sendiri terutamanya sebab kurang ambil tahu. Tenggelam timbul saya punya pengetahuan pasal saudara-mara seIslam kita di Gaza. Dah berlaku serangan baru nak ambil tahu. Saya harap saya dapat istiqamah dalam ambil tahu pasal saudara -mara di Gaza. Bukan bermusim. Bila tengok apa jadi dekat kanak-kanak, bayi, serta penderitaan orang-orang awam di Gaza tempoh hari, saya tak dapat bayangkan kalau saya mempunyai anak ( oke, berangan sekejap ). Masih kecil dan naif pasal kehidupan.



sumber : google 

Untuk mereka yang tidak tahu lagi , rakyat Malaysia amat prihatin pada apa yang jadi kepada rakan seagama kita . Contoh nya , kalian boleh la mengelike AqsaSyarif . Kat sini , pada siapa yang berniat untuk menderma, boleh la berurusan dengan mereka.
Jangan fikir jumlah nya sikit tapi fikir apa yang sudah anda lakukan untuk saudara Islam kita :)

Namun , untuk para pelajar . Seperti saya juga . Jika tidak mampu dgn sumbangan wang ringgit . Mendoakan kesejahteraan mereka di akhir solat kita juga salah satu sedekah . InsyaAllah , doa itu sampai kepada mereka .

Oke , setakat ini sahaja untuk sekarang . Pray For Gaza :)

LAMBAT ! LAMBAT ! hadooiii ~


ASSALAMUALAIKUM

Hadoooii,dah lama tak update status.Bukan niat dihati untuk melupakan subjek ini tapi saya cuba untuk memperindahkan blog ini tapi kekangan masa yang dialami menyebabkan saya 'terlupa'.hehe..

Oke , untuk entry harinie saya akan bayar sebahagian ( maybe , suku .. hehe .. kekangan masa ) aktiviti yang berjalan sepanjang kehidupan di UKM nie :)

our super duper  power football player :) go junior !

juara pusingan bola sepak SANTAS :) *plessing

Untuk pengetahuan , kengkawan .. saya merupakan salah seorang squad junior SUKSIS UKM bagi sesi 2012/2013 . Baru-baru ni SUKSIS UKM mengadakan SANTAS - Sukan Antara Ahli Suksis ( i thinks betul la kot maksud SANTAS uh .. hehe ) . Aktiviti tahunan ni berjalan selama seminggu dan insyaallah penutup nya pada 24hb.Nov.2012 ini . Hasil survey saya la kan , saya dapat rasa kan bahawasa nya , SQUAD JUNIOR dapat meraih menang keseluruhan ! hahaXD
AMIN ...

KENAPA KONFIDEN JE SQUAD JUNIOR BOLEH MENANG KESELURUHAN ???

Hah , saya tak ada lah konfiden sangat . Tapi , alhamdulillah . kami menang bola sepak taw ! ibu segala pingat , bak kata squad inter ! haha . Tapi papepun keputusan nya nt , set mind .. IT'S JUST A GAME . KALAH MENANG . ADAT PERMAINAN :)

Oke , setakat ini untuk petang nie :) hehe

Friday, 12 October 2012

KENAPA HARI SELASA JE PENAT ??

ASSALAMUALAIKUM

Hehe .. hari ini saya nak berceritalah sedikit sebanyak kehidupan baru di tempat yang baru . Tapi nak fokus kepada hari Selasa . Hari selasa merupakan salah satu hari yang amatlah penat !!
Ini penat bukan sebarang penat . Ini penat tidak berbaloi !

  PENAT MENUNGGU KELAS PETANG !

Hah . kalu da saya taip pun guna fon yang besar . Memang nampaklah kepenatannya . Hehe . Tunggu itu saya tidak kisah sebab seronok apa tunggu-tunggu kelas . bila sampai je bilik kuliah .



'Weyh , kelas batal la .. '

Seronok taw ! Tapi kadang-kadang kesian dekat kawan-kawan yang dari pukul 8pg tunggu kelas petang . Tahu-tahu . batal .
Bukan kesian apa . Kesian tengok mereka tetidur dalam bas .
Tak percaya ? Hah , saya cakap berbukti ye .

*hah . ini buktinya .. hehe *empunya diri tak tahu ini ..

Tapi mamat ini memang tersangat lah sibuk maka tidak hairan lah kalau dia tidur dalam bas walaupun penat menunggu kelas yang last minute .. Batal ~

Walaubagaimanapun , saya amat sayang dengan subjek tersebut kerana sebab pembatalan kelas . Saya dapat balik awal . Tak payah nak tunggu bas sampai magrib!

*saranghae PD <3 <3 <3!! *hehe
Oke . Last but not least , tak lama lagi cuti raya haji . Dan buat pertama kali lah saya pulang ke Johor ! Excited amat , > < !

*see see * my ticket bus !!


Setakat itu sahaja untuk hari ini . Wassalam :)